Tanggal 01 Januari 2009 dalam pukul 0935 aku bertolak ke Cameron Highland bersama adikku,awalnya cadang hendak ke MKZ(melaka) untuk melawat sekitarnya dan menaiki Taming Sari buat kali pertamanya akan tetapi rancangan di halakan ke arah tanah tinggi.Boleh gak aku tenangkan otak aku yang tengah serabai ni. Niat dihati nak tenangkan jiwa sambil menyedut udara segar,yelah dah bertahun dok sedut udara tercemar di sini sambil mengubat hati yang lara ni.Sayang ku dimana jua aku atau dikau berada kau tetap di ingatan ku.Sehinggalah engkau tidak memerlukan diriku lagi akan aku cuba melupakan dirimu walaupun perit bagiku.
Eh..eh...jiwang plak aku.hu2...ok dlm kol 1245 aku sampai di puncak Cameron ..tersedar dari lamunan mimpi...ye r adk aku yang drive..aku jap2 terlelap ye r takut tup2 bangun dah kat spital.Dia bukan leh caya bawa kete men redah jek.So aku nak tido pun hati x tenang.Tempat pertama kami lawati ialah
taman kaktus.
Aku sempat membeli pokok2 kaktus yang comel2 untuk melengkapi taman di pejabat aku.Kita orang di pejabat semua berebut menghiasi area bekerja dengan tumbuh2an agar nampak natural ke arah semulajadi gittew.Nampak gaya ada yang makan hati dengan kaktus2 aku yang cantik2 ini.
Selepas membeli apa yang patut di kaktus point kami bergerak menuju tanah rata,tapi singgah sebentar sebentar kat satu tempat yang aku pun tak tahu apa nama dia.Niat dihati nak gi melawat ladang strawberry tapi xde plak kat situ.So aku just posin
g2 jerk kat situ.
Dah puas posing2 dan melawat kawasan sekitarnya kami bertolak ke tanah rata untuk makan tengahari di sana.Niat di hati ingin melihat keadaan sekitar di situ setelah sekian lama tidak ke sana.Banyak perubahan dah berlaku di tanah rata dan cuaca di sana tidak sedingin 2o tahun yang lalu.Banyak kawasan yang telah ditarah pokok2nya atas alasan pembangunan.Tapi pada aku jika kita sendiri tidak memelihara alam sekitar siapa lagi.Mungkin masa mendatang anak cucu kita tidak lagi berpeluang untuk menikmati suasana nyaman di sini lagi.
Selepas makan tengahari kami berpatah balik ke brinchang menuju strawberry point.Di sana aku berpeluang menikmati pengalaman baru iaitu memetik buah strawberry sendiri.Kita boleh pilih sendiri buah yang kita mahu,akan tetapi musim buah sudah tamat buah yang ada pun kecil2 belaka.Tapi xpe ini satu pengalaman baru bagi aku.Baru aku tahu betapa susahnya nak memetik buah strawberry kerana ianya ditanam di cerun2 bukit.
Xpe bulan September ni insyallah sebelum
puasa aku akan datang kembali untuk menuai strawberry kat sini cz tyme tu musim ia berbuah.
Selepas penat memetik buah strawberry kami meneruskan perjalanan ke pasar di area Brinchang untuk melihat sayur2an segar untuk dibawa pulang.Meriah juga tawar menawar disini...masing2 berusaha memberikan harga yang terbaik untuk menarik pelanggan. Disini tiada gambar yang sempat di ambil sebab sibuk membeli sayur2an.Tak cukup tangan membawa barangan yang dibeli.Perjalanan kami seterusnya adalah mencari ladang teh BOH tetapi usaha kami gagal...kami hanya menjumpai Cameron Valley Tea House.Berehat sebentar menikmati teh yang segar dari ladang untuk minum petang.Selesai minum petang aku dan adik perig ke ladang untuk bergambar,sekali lagi lemak2 aku akan terbakar di sini kerana memanjat bukit yang curam.Nak berposing punya pasal aku harungi jua acara mendaki bukit.hu2...
Setelah puas berposing dan menikmati suasana nyaman di ladang teh kami pun ke kedai cenderahati untuk di bawa pulang ke KL sebelum bertolak dalam pukul 1730.Dalam perjalanan balik kami terpaksa menempuh kabus yang tebal...tiada apa yang boleh dikatakan hanya berdoa dalam hati agar perjalanan kami selamat kembali.Setibanya di jalan simpang pulai dimana berlakunya kejadian tanah runtuh tidak lama dahulu kami berhenti seketika disana untuk menikmati pemandangan yang indah.Sungguh besar kebesaran ALLAH SWT mencipta keindahan alam semesta.Ramai juga yang berhenti disana untuk tidak melepaskan peluang bergambar di balik panorama yang indah itu.
Setelah puas berposing dan menikmati panorama yang menenangkan jiwa,kami pun beransur meyelusuri jalan2 menuruni jalanraya yang di bina di atas banjaran titiwangsa itu..
Sepanjang perjalanan pulang aku berasa kagum akan keindahan alam semulajadi ciptaan ALLAH SWT.Sesungguhnya aku hanya insan kerdil disisi mu ya ALLAH...ampunilah dosa2 ku dari sekecil zarah kuman sehingga sebesar2nya.Aku tidak minta dilahirkan sebegini,aku tak berdaya menolak qada dan qadar yang telah ENGKAU tuliskan di dalam diari kehidupanku sejak aku didalam perut ibu ku lagi.Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku peluang untuk bernafas sehingga hari ini untuk menikmati keindahan khazanah bumi yang mungkin kita terlepas pandang.Cameron Highland nantikan kedatangan aku kembali.Insyallah..
4 comments:
mine is vice versa...
nak g cameron.. tapi hala ke melaka..
makin berisi orang dah kapel ni.. cool
erkk...abg..ayoyoo...comei tshirt hijau tu... :)
baru balik minggu lepas dari cameroon highland,
tapi rasanya banyak berubah berbeza bila dulu suatu ketika hampir 20 tahun lalu, penerokaan rasanya tak terkawal dan kita akan rasa gementar sejak kebelakangan ni bila terdegar je tanah runtuh, perlu ada pendekatan terhadap penerokaan terutama nya di tepi-tepi jalan raya bagi tujuan menarik pelanggan singgah di kebun mereka. perhatikan kebanyakannya tanah bukit di tarah sehingga kebibir jalan semata-mata untuk layak sebagai port singgahan tanpa menggira kemudian jadinya.
paling ketara tak nampak lagi kuntuman bunga-bunga orkid liar di sepanjang jalan yang boleh kita ambil secara life... muahahaa sebab sekarang kena bayar lak. bukan soal harga tapi sebenarnya penerokaan dan pembangunan yang tidak seimbang menyebabkan hilang from our view bunga-bunga orkid sepanjang perjalanan ke cameroon highland.
so... any new destination?
betoi3
Post a Comment