CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 13, 2009

" Hye there..."

Assallamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.MAaflah jika sudah lama tidak ada catatan di dalam blog arill ini...bukan apa arill tidak mempunyai kesempatan dan masa yang terluang untuk mewarkahkan susurgalur kehidupan ku ini.
Memandangkan kerja yang bertimbun dipejabat membuat aku tidak ada masa kerana otak sudah penat untuk berfikir.

Sekarang waktu menunjukkan puku 0210 pagi..aku masih belum tidur.Aku baru saja balik dari ASIS-AlamSyahScienceSchool mengajar dikir barat untuk menghadapi pertandingan dikir barat anti dadah atas tajuk - MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH.Niat dihati tahun ni aku malas hendak mengajar akan tetapi janji sudah di meterai tahun lalu dengan cikgu rohani..mahu tidak mahu terpaksalah aku.masa dah suntuk kerana pertandingan akan berlangsung pada 11 April 2009 bertempat di SMK Seri Permaisuri ...betul ke nama dia nih...ala kira betullah janji sekolah ittew berada dekat-dekat dengan tasik permaisuri syurga PLU2 gittew.
Buat masa ni tiada gambar lagi yang aku ambil semasa sidang pembelajaran di jalankan.Insyallah adalah nanti aku uploadkan ye..cuma bersabar jerk r..
Aku pun tengah pening ngan budak2 ni sebab kena wat gerak gempur dengan dorang.

2 comments:

LLC said...

Hello! Do you want to download movie, game or beautiful girls pls visit

http://llc-movies.blogspot.com
http://sexylady-asian.blogspot.com
http://llc-freegame.blogspot.com
http://over18movie.blogspot.com
Thanks!!!

sekupangdua said...

salam, nice widget! blog cukup menarik.

apapun saya pun suka sangat dengan dikir barat ni kerana cara yang ini cukup tepat bagi mesej, isu semasa dikaitkan dalam lagu, walaumacamana pedinya mesej orang akan terima dalam keadaan tertawa

tapi sayang tidak pula dikemaskinikan atau di upgredkan menjadi pelbagai versi atau di pelbagaikan kerana urutan pengharaman di bumi asalnya, rasa saya pandangan tidak jujur atau ikhlas menyebabkan dikir barat sedikit suram jadinya. apalah masaalahnya kalau kita rasa ianya melencong kearah memudaratkan yang lain kita perbetulkan supaya dia berhemah dan memastikan salurnya yang di bolehkan dalam islam. berat benarkah jemala dosa dikir barat yang telah tersohor dari dulu? tidak kah kalau dihakis keburukan yang membolehkan dikir layak tersenarai cara hiburan yang tidak melanggar susila dan hukum islam itu juga merupakan cara mendakwah atau menarik perhatian terhadap kesempurnaan lengkap dalam islam yang begitu amat bersesuaian sehingga akhir zaman.

soalnya apakah buruk sangat dikir barat di haramkan dan lansung tidak boleh di neuteralkan berlandas cara islam berbanding hiburan kini yang lebih mengasyikkan dan menyimpang jauh dengan pelbagai visual bernafsu yang kini berada dimerata rumah-rumah yang hanya boleh dihidupkan untuk tontonan dengan menggunakan satu jari saja?

salam perjuangan demi rasa bersyukur dengan keamanan.